Sang Monyet yang Haloba « Break of Information Overload
Previous Entry Home Next Entry
      Monday, July 18, 2005
<div id="99336_kdub1">Sang Monyet yang Haloba</div> - Break of Information Overload

Chern Jie

 
Sang Monyet yang Haloba


Suatu hari, ketika Sang Kura-kura berjalan mencari makanan, ia terjumpa sebatang pokok pisang muda yang telah tumbang. "Kalau aku bawa pokok pisang ini dan ditanam di tempat kediaman aku tentu aku akan dapat memakan buahnya dengan mudah," fikir Sang Kura-kura.

Tetapi Sang Kura-kura berasa susah hati kerana tidak dapat mengangkat batang pisang itu, Ia berhasrat untuk meminta tolong dari binatang lain yang lalu di tempat itu. Kebetulan Sang Monyet lalu di tempat itu lalu menegur Sang Kura-kura.

"Kenapa nampak susah hati Sang Kura-kura. Ada masalah ke?" tanya Sang Monyet kepada Sang Kura-kura. "Boleh tak engkau tolong ikatkan batang pokok pisang dengan akar kayu ini ke atas belakang aku?" pinta Sang Kura-kura. "Engkau hendak buat apa dengan batang pokok ini Sang Kura-kura?" tanya Sang Monyet lagi.

"Aku hendak tanam ia, dekat dengana kediaman aku. Kalau ia berbuah nanti bolehlah kita makan bersama," kata Sang Kura-kura, cuba memujuk Sang Monyet. Tiba-tiba Sang Monyet terfikir untuk menanam pokok pisang juga, lalu ia membuat helah.

"Aku pun mahukan pokok pisang ini ditanam di tempat aku. Apa kata, kita bahagi dua, engkau ambil bahagian pangkal dan aku ambil bahagian hujung," kata Sang Monyet. "Kalau bahagian pangkal aku setujulah, lagi pun ia tidak memberatkan untuk membawanya," kata Sang Kura-kura bersetuju.

Setelah batang pokok pisang itu dikerat dua, akhirnya mereka berdua pun berpisah dengan membawa bahagian masing-masing. Sang Kura-kura bahagian pangkal dan Sang Monyet di bahagian hujung pisang.

Sang Monyet menyangka, apabila ia mengambil bahagian hujung sudah pasti popkok pisang itu cepat berbuah. Ia terus menanam hujung pokok pisang itu dan berharap akan mendapat buahnya dengan segera. Hari ke hari ia mununggu, tetapi popko pisang tetap tidak berbuah sebaliknya pokok itu semakin lama semakin layu, lalu mati.

Manakala pokok pisang Sang Kura-kura pula mula mengeluarkan tunas dan tumbuh dengan segera subur. Pokok pisang itu terus dijagai oleh Sang Kura-kura sehingga ia sudah cukup besar dan mula mengeluarkan jantung dan berbuah.

Tidak lama kemudian pokok pisang Sang Kura-kura mula berbuah sehingga masak ranum. Sang Kura-kura berasa sungguh gembira. Suatu hari Sang Monyet dating untuk melihat pokok pisang oleh Sang Kura-kura. "wah, sungguh besar buah pisang yang engkau tanam ini Sang Kura-kura! Bolehkah aku merasanya sedikit?" tanya Sang Monyet.

"Boleh, tapi bagaimana pula pokok pisang yang engkau tanam itu, sudah
berbuah ke?" tanya Sang Kura-kura. "Buahnya tak mahu keluar, sebab dia
takut dengan aku," kata Sang Monyet yang tidak mahu mengaky kesilapannya.

Setelah Sang Monyet sampai di atas, ia terus mengambil setandan buah pisang lalu terus naik ke ats pucuk pisang lalu makan tanpa memperdulikan Sang Kura-kura. "Wahai Sang Monyet, bawalah buah pisang itu turun, kemudian barulah kita makanlah bersama," kata Sang Kura-kura dari bawah. Sang Monyet tidak memperdulikan kata-kata Sang Kura-kura, sebaliknya ia hanya membalingkan kulit pisang sahaja kepada Sang Kura-kura.

Sang Kura-kura amay marah dengan tindakan Sang Monyet yang tidak berbudi itu. Ia pun mengambil akar-akra berduri lalu di letakkan di sekeliling pokok pisang.

Tiba-tiba Sang Monyet tergelincir lalu jatuh bersama dengan tandan pisang kepunyaan Sang Kura-kura. Apa lagi, Sang Monyet terus terjatuh di atas akra-akar berduri itu.

"Hah! Baru padan dengan muka, sudahlah tidah tahu berterima kasih, hak orang dibuat macam harta sendiri!" marah Sang Kura-kura. Sang Monyet menjerit kesakitan dan melompat-lompat lalu berlari dari situ kerana terlalu malu.

Moral cerita ini: Jangan bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
Jasa orang perlu dihargai.

Related post: Zorpia, Sang Monyet Yang Haloba,




posted by Information Overload at 02:57 am


   

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




     
 

About Me

Contact Me

Web this site
So, what brings you here? My sources says you came from . This is where I keep news clippings of articles I find worth remembering. It's here for easy reference. Enjoy it! Hope you enjoy your stay.

Previous ClipPosting:

Calendar

Tagboard
   

Links


Enter your email address:

RSS



Blogarama - The Blog Directory


Google
Web this site

Contact
Contact Me



rss feed